Jumaat, 13 Disember 2019

PENGENALAN KEPADA AKHLAK



PENDAHULUAN

      Akhlak diumpamakan sebagai buah bagi pokok.ia adalah hasil yang dapat dinikmati dari pohon iman. Dalam islam,akhlak merupakan salah satu kompenen dari tiga kompenen utama islam iaitu akidah,syariah, dan akhlak.malah dalam sebuah hadis Nabi SAW menegaskan bahawa tujuan utama baginda diutuskan bertujuan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan itu,akhlak merupakan ilmu yang wajib dipelajari bagi melengkapkan keislaman seseorang.


1.Definisi Akhlak

Akhlak berasal dari bahasa arab yang merupakan kata jamak bagi khuluq .

Dari sudut bahasa: khuluq bermaksud keadaan semulajadi bagi seorang manusia. 

Dari sudut istilah :sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,penelitian dan paksaan.

 Tiga pakar di bidang akhlak iaitu Ibnu Miskawaih,imam Al-Ghazali ,dan Ahmad Amin menyatakan bahawa akhlak adalah perangai yang ada pada diri seseorang yang dapat memunculkan perbuatan baik tanpa mempertimbangkan fikiran terlebih dahulu.


2.Perbezaaan Etika,Moral,dan Akhlak

             Akhlak secara umumnya ialah tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.seterusnya,Etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah.tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk pula dinamakan moral.

             Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif islam ialah dari segi pemakaian,pemakaian bagi seorang muslim mengikut islam mestilah menutup aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat ,mereka dikatakan tidak berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan moral jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik ,mereka masih dianggap bermoral.


3.konsep pembentukan akhlak menurut islam

  • Ilmu pengetahuan
Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji(akhlak mahmudah)sebagai contoh,sentiasa sabar,ikhlas dan sentiasa bersyukur kepada Allah.seterusnya,mempelajari akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah) misalnya,takabbur,riya',dan ujub.al quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin

  • Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan dalam melakukan ibadah seperti solat,mampu mengelakkan serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.

  • Membiasakan diri melakukan kebaikan
Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta beristiqamah melakukannya , supaya ia tetap kekal di dalam jiwa.


4. Tokoh-tokoh islam

  • Profil Imam al-Ghazali
Hasil carian imej untuk imam al ghazali

          Nama lengkap Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin muhammad bin muhammad at-tusi al-ghazali.Lahir pada 450H/1059M , di Thus,Khurasan. Ia adalah pemikir dan penulis muslim yang produktif. Ayahnya seorang pengikut tasawuf yang soleh, meninggal dunia ketika imam al-Ghazali masih kecil. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya menitipkan anaknya dengan guru sufi untuk mendapatkan pemeliharaan dan bimbingan hidup.

        Perjalanan hidup imam al-ghazali dalam menuntut ilmu dan mencari jati diri sangat panjang dan berliku-liku. pelbagai karya tulis yang dihasilkannya dalam pelbagai bidang, antaranya filsafat,logika dan tasawuf,termasuklah di dalam bidangnya tentang pendidikan. ia juga digelar dengan gelaran lain iaitu hijjatul islam, siraj al-mujtahidin ,zain al-a'bidin dan sebagainya. ia meninggal dunia pada tahun 505H/1111M ketika berusia 55 tahun.



  • Profil Ibnu Miskawaih
Hasil carian imej untuk ibnu miskawaih

   Nama lengkapnya ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Ya'aqub bin Miskawaih. Ibnu Miskawaih lahir pada 320H/932M di Rayy,Iran. Ibnu Miskawaih hidup pada masa pemerintahan dinasti Buwaihi di Baghdad yang sebahagian besar pemukanya bermazhab syi'ah.

           Dari segi latar belakang pendidikannya dijumpai bahawa ia mempelajari sejarah dari Abu Bakar ibn Kamil al-Qadhi, mempelajari ilmu filsafat dari ibn al-Akhmar dan ilmu kimia dari Abu Tayyib. Dalam bidang pekerjaan Ibnu Miskawaih adalah bendaharawan,sekretaris,pustakawan dan pendidik anak para pemuka dinasti Buwaihi. Selain akrab dengan penguasa, ia juga banyak bergaul dengan ilmuan seperti Abu Hayyan at-Tauhidi, Yahya Ibn 'Adi dan Ibnu Sina. Selain itu, Ibnu Miskawaih juga dikenali sebagai sejarawan besar kemahsyurannya melebihi para pendahulunya, at-Thabari, selanjutnya juga ia dikenali sebagai doktor, penyair dan ahli bahasa.

         Antara karya yang telah dihasilkannya adalah Tartib al-sa'adah , Tahdzibul akhlak , Al-siyar , Jawidan Khirad. Ibnu miskawaih meninggal dunia pada 9 safar 421H bersamaan 16 Februari 1030M di Isfahan.


5. Teori Pemikiran Tokoh 


  • Imam Al- Ghazali
Dari sudut pandangan Imam Al Ghazali tentang akhlak di dalam kitab nya iaitu kitab Ihya Ulumuddin adalah suatu perangai iaitu watak mahupun tabiat yang menetap kuat dalam jiwa seseorang dan merupakan sumbernya timbul perbuatan perbuatan tertentu dari dirinya secara mudah , tanpa perlu dipikirkan atau direncanakan sebelumnya.

Menurut Imam Al-Ghazali akhlak ialah "suatu kemantapan jiwa yang yang menghasilkan perbuatan atau pengamalan dengan mudah , tanpa harus direnungkan dan disengeja. Jika kementapan itu sudah melekat kuat , sehingga menghasilkan amal-amal yang baik, maka ini disebutkan akhlak yang baik. Jika amal-amal yang tercelalah yang muncul dari keadaan itu maka dinamakan akhlak yang buruk.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa semua etika keagamaan tidak mungkin akan dapat meresap masuk ke dalam jiwa yang sebelum jiwa itu sendiri dibiasakan dengan kebiasaan baik dan dijauhkan daripada kebiasaan yang buruk

  • Ibnu Miskawaih
Dari pandangan Ibnu Miskawaih akhlak merujuk kepada sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbutannya

Ibnu Miskawaih memberikan pengertian (khuluk) adalah keadaan jiwa seseorng yang mendorong untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Tujuan pendidikan akhlak yang dirumuskan oleh Ibnu Miskawaih adalah terwujudnya sikap batin yang mampu mendorong secara spontan untuk melahirkan semua perbuatan yang bernilai baik sehingga dapat mencapai kesempurnaan dan memperoleh kebahagiaan sejati


RUJUKAN


content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/1210105141.mhtml

content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/1210105742.mhtml

content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/1210112609.mhtml

content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/1210110506.mhtml

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibn_Miskawayh

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_al-Ghazali

https://www.slideshare.net/taufikyin/falsafah-akhlak-socrates-dan-miskawaih

https://ojie.um.edu.my/article/download/5486/3256/

https://www.slideshare.net/ThomasMon94/akhlak-menurut-iman-alghazali

http://shahminhomestay.blogspot.com/2015/09/pemikiran-imam-al-ghazali-terhadap.html

https://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tasfiyah/article/download/1843/1234

http://eprints.walisongo.ac.id/5416/1/103111076.pdf

https://media.neliti.com/media/publications/240912-pemikiran-etika-ibnu-miskawaih-af38ffe2.pdf

https://kedaibukuagamaonline.wordpress.com/about/

http://amirsabri.blogspot.com/2015/01/pemikiran-ibnu-miskawaih.html?m=1

https://kamaloddey.blogspot.com/2014/07/ibnu-maskawaih-dan-pemikirannya.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan