Isnin, 16 Disember 2019

KHAUF

Hasil carian imej untuk kisah nabi tentang khauf



MAKSUD KHAUF

Dari sudut bahasa: khauf ertinya takut.
Dari sudut istilah: Takut kepada Allah SWT dengan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.


Dalil Khauf (rasa takut) dalam Ibadah yaitu firman Allah:

أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا

“Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (QS. Al-Isra’: 57 )



Ciri-ciri sifat khauf

  • Mampu menjaga tutur kata dan juga   perbuatannya dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
  • Semakin hari bertambah rajin dalam melakukan ibadah dan amal kebaikan.
  • Berani mengahadapi segala cabaran untuk membela kebenaran ,kerana di dalam hatinya hanya takut kepada Allah.
  • Apabila disebutkan nama Allah kepadanya hatinya bergetar dan jiwanya khusyuk dan mengagumi keagungan Allah.
  • Sentiasa menjauhi dan menghindari perkara yang dilarang oleh Allah sebagai contoh,melakukan zina,minum arak dan sebagainya.

Kesan Jika Memiliki Sifat Khauf

  • Mendidik diri kita agar bersifat rendah diri
  • Menginsafi akan kelemahan dan kekurangan diri supaya terhindar dari sifat ujub
  • seseorang yang mempunyai sifat al-Khauf menjurus kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah serta mengharapkan keredhaan Nya
  • Kita akan sentiasa mengawasi tindak tanduk kita melakukan perkara kebaikan dan mengelakkan diri daripada kemungkaran.
  • Menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT.
  • Dapat menjaga kerutinan perbuatan baiknya
  • Dapat meningkatkan kualitas baiknya kerana mengharapkan Redha dari Allah SWT.
  • Tidak memandang ringan dengan dosa meskipun dosa kecil.
  • Tidak merasa bangga dengan amal yang dilakukan.

Cara membiasakan diri bersikap khauf

  • Mengingat dosa yang lalu kerana belum tentu dosa itu diampuni oleh Allah.
  • Melupakan kebaikan yang pernah dilakukan.
  • Mengukur diri dengan orang yang soleh agar lebih bersemangat untuk mengikuti amal baiknya.
  • Tidak terlampau mendambakan kemewahan hidup di dunia kerana dunia ini hanya sementara.
  • Bersikap hati-hati dalam memperoleh rezeki yang halal dan berkah.

Imej yang berkaitan



Kisah tentang khauf (rasa takut) Nabi Muhammad SAW kepada Allah

Sayyidatina Aisyah Ra bercerita, “Apabila datang awan gelap, angin topan dan sebagainya, maka wajah Baginda Nabi Saw yang penuh nur, akan terlihat pucat karena perasaan takut kepada Allah Swt. Beliau keluar masuk rumah sambil terus menurus membaca doa, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya (hujan dan lain-lain), serta kebaikan yang dikirim bersamanya. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, dan keburukan yang ada di dalamnya, serta keburukan yang dikirim bersamanya.”
Jika hujan mulai turun, wajah Baginda Nabi Saw akan tampai ceria. Aku (Sayyidatina Aisyah Ra) bertanya, “Wahai Rasulullah, semua orang akan gembira jika melihat gumpalan mendung karna pertanda akan turun hujan, tetapi mengapa engkau justru nampak cemas?” Beliau menjawab, “Wahai Aisya, aku khawatir di dalamnya ada azab, karena itulah aku merasa cemas. Kaum ‘Ad telah diazab Allah Swt dengan angin. Ketika melihat gumpalan mendung, mereka gembira. Mereka mengira akan turun hujan, tetapi ternyata yang turun adalah azab. (Dinukil dari Kitab Ad-Durr Al-Mantsur)


Inilah perasaan takut kepada Allah SWT yang dimiliki oleh seorang yang dikenali sebangai Sayyidul Awwalin wal Akhirin, sebaik-baik manusia dari seluruh manusia di muka bumi ini. Padahal dalam Al-Quran, Allah memberikan jaminan tidak akan mengazab suatu kaum selagi Baginda Nabi Muhammad SAW bersama mereka. Allah SWT berfirman "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun." (al-Anfal ;33)

Walaupun Allah SWT telah menjamin begitu, namun perasaan takut Nabi Muhammad SAW kepada Tuhannya sedemikian rupa, sehingga ketika datang gelap/angin taufan, beliau teringat azab yang telah Allah timpakan kepada kaum-kaum terdahulu.

Hasil carian imej untuk kisah nabi tentang khauf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan