Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
"Dan mereka (yang beriman) adalah yang mengelak daripada bercakap mengenai perkara yang sia-sia " (surah al-mukminun ayat 3)
Perbuatan mengutuk dan mencerca orang lain dengan perkataan yang tidak senonoh, diharamkan kerana termasuk kategori bercakap perkara yang sia-sia.
Tanda-tanda diri mempunyai sifat syahrul kalam (berlebih-lebihan dalam berkata-kata)
- membicarakan apa yang di dengar telinga
2. membicarakan perkara yang tiada manfaat dan yang sia-sia..
Hati yang ada maksiat syahrul kalam akan sangat minat dan terlalu suka kepada perkara hiburan dan permainan yang melekakan .Banyak bercakap mengenai perkara hiburan ataupun permainan adalah perbuatan yang tidak mendatangkan faedah atau keuntungan.
3. Membicarakan perkara yang batil
Salah satu sebab seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka saqar ialah mereka yang banyak membicarakan perkara yang batil. Contohnya :
- bercakap perkara yang lucah
- Bercakap perkara yang memperlekehkan hukum agama
- Bercakap dengan menganiaya orang seperti mengaibkan, menjatuhkan dan mengfitnah
Langkah Untuk Mengelakkan daripada Bercakap perkara Sia- Sia.
1. Kita mestilah menjaga telinga dari mendengar perkara yang mendatangkan dosa.
Jika telinga tidak mendengar perkara dosa , hati tidak ada modal untuk menyuruh lidah menyampaikan perkara dosa. Sebaliknya gunakan telinga untuk mendengar perkara yang baik seperti kata nasihat, kata motivasi, penerangan tentang ilmu dunia dan ukhrawi dan sebagainya.Terutama gunakan telinga untuk mendengar kalam Allah dan hadith Rasulullah.
2.Kita mestilah mengelakkan diri dari suka berbual-bual kosong.
berbual kosong tidak akan mendatangkan faedah malahan jika diperbanyakkan berbual kosong kemungkinan ia akan menjadi perbuatan mengumpat . Jika perlu untuk tanya khabar dan sebagainya lakukan la sekadarnya sahaja jangan percakapan itu diperpanjangkan sehingga membicarakan hal yang tidak penting
3.Menjauhi atau menarik diri dari terlibat bercakap tentang perkara yang batil.
Contoh percakapan yang sia-sia
- Mengumpat
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ
Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” [Riwayat Muslim (2589)]
Imam Nawawi menyatakan di dalam kitabnya ada mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar'i
- Membuat aduan apabila dizalimi kepada Sultan atau Hakim
- Menceritakan perihal orang yang lakukan dosa secara terang-terangan
- menyebut sesuatu sifat yang telah diketahui kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya akan tetapi haram memanggilnya dengan panggilan tersebut dengan niat menghina
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Artinya : “Dan bunuhlah mereka dimanapun kamu temui mereka, kemudian usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu; dan fitnah itu lebih kejam dari pada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram terkecuali jika mereka perangi kamu di tempat tersebut. Jika mereka perangi kamu maka perangilah mereka. Demikianlah balasan untuk orang kafir.” (QS.Al-Baqarah : 191)
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ (QS. Al Hujuraat :11)
4. Menggelar seseorang itu dengan perkataan yang tidak sopan
5. Berbual kosong
Cara Percakapan yang betul Menurut Islam
- Bercakap perkara yang baik . Lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang tidak sesuai .
- Berlemah lembut dan bersopan santun dalam berinteraksi
- Bercakap sesuatu perkara yang menyenangkan.
- Bercakap tentang perkara yang mendatangkan faedah pada diri, masyarakat dan Negara atau bercakap benar
Kesimpulan
Nabi SAW turut menyatakan, golongan paling ramai berada di dalam neraka adalah disebabkan lidah mereka. Atas sebab itu, Islam menggalakkan umatnya lebih banyak berdiam diri daripada banyak berkata-kata. Berdiam diri bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah serta menyebarkan keaiban.
Umar Al-Khattab (wafat 23H) pernah berkata:
مَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ، كَثُرَ سَقْطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقْطُهُ، كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
Siapa yang banyak percakapannya, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih patut untuknya.
Rujukan
1) BUKU AKHLAK HARIAN SETIAP MUSLIM, HARUN ARRASYID HJ. TUSKAN, AL-HIDAYAH PUBLISHERS, 2003
2)content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/0113221015.mhtml<br>
3)content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/0113110813.mhtml
Tiada ulasan:
Catat Ulasan